Sunday, 18 November 2012

KAMI BUDDIES, TAKKAN TERPISAH




Lu, gua, aku, kau, hang, aku, deme, mike, aok, keh, kamek, kitak, I, you, semua tu adalah panggilan yang menghubungkan kita dan manusia kebanyakkan yang lain. TAPI pernahkah lu terpikir atau saja nak berpikir bagaimana hubungan macam tue tercipta. Aku labelkan benda ni sebagai “PERSAHABATAN”. Lantak lu la nak label benda lain pun. Isu first. Setiap orang perlukan kawan, geng atau dalam bahasa mudah teman yang mudah untuk kita communicate senang cerita. 

TAPI apa tue kawan syaitan. Kawan warung kopi, member lepak-lepak, member sekolah lama, member unibesiti atau Geng seperjuangan yang takda perajudis, takda persaingan dan takda perbezaan. Time tu lu akan mula sedar yang dunia bukan hitam dan putih.

Takda hal la, zaman sekarang memang senang nak buat kawan, dunia sekarang bukan macam 20 tahun dulu. Teknologi tanpa batasan. Sebab tue ramai sangat manusia jadi syaitan. Dulu mana ada pesbuk dengan twitter. Mana ada mana ada. Dulu susah, nak adjust makwe guna burung merpati kaler putih ja. Nak kena upah dedak shopping mall sikit suruh burung tue baru boleh  hantor surat. Macam tu la susahnya.  Zaman sekarang buat ja muka sekupang depan laptop lu tue, guna sikit tenaga dekat jari lu tue  untuk tekan “ tip tak tip tak dekat keyboard” terus stedy. Peh. ‘Tambah Kawan’ atau ‘Subscribe’. REAL beb. Apa jadah ni.


kami buddies takkan terpisah..kah kah kha


Dari tiket laman sesawang tue lah lu akan mula berkawan. Dari situ jugak permulaan cerita seorang manusia bermula tanpa lu sedar. Jangan terkejut kalau lu boleh jumpa seseorang yang mempunyai minat yang sama macam lu dan mungkin seseorang tue tak minat benda yang sama macam lu. ATAU mungkin sebaliknya. Mungkin macam tak masuk akal tentang apa yang aku cakap tapi persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga dan ditafsir. Kadang-kadang lu terikat, terkonkong, terkurung dan dalam masa yang sama lu cuba untuk melepaskan diri dari kemelut lama.

 Contohnya benda-benda nightmare yang pernah berlaku dalam hidup lu. Dari sebab itu la persahabatan perlu dibina bagi melenyapkan kemelut lama tue. Lu cuba untuk berubah untuk jadi yang terbaik tapi benda tu takkan mudah selagi lu hanya menunggu perubahan tu berlaku dengan sendirinya. 

Dari situlah persahabatan aku bermula. Susah senang kami bersama. “KAMI BUDDIES, TAKKANTERPISAH”.


Geng-geng Pendidik ni kecuali aku


Apa ni apa ni. Aku tak boleh nak masuk la penulisan macam ni. Aku kena hasut syaitan ke pa ni. Kenapa aku tulis genre macam ni. Ni bukan genre aku ni. Syaitan punya Digi. Punya taksub aku dengan slogan “ KAMI BUDDIES TAKKAN TERPISAH” tu sampai aku tertulis benda separa fiksyen ni.