gua jarang post entry pasal bola neyh..tapi disebabkan skuad Meriam Buruk gua neyh dah semakin menyimpang dari jauh dari pembelajar mereka..gua terpaksa amik pot..
Nasri dengan Fabregas dah conteng arang dekat muka gua..cilakak
Gua
hampir perlu cerita hal ini. Demi memberi semangat kepada semua kaum Pembuatan
Adham yang dulunya kerap bermain pasir kini seorang Young Inventor
Pada satu pagi sabtu di dipermulaan bulan Zulhijjah, semua anak muda
dari Unimap
berpusu-pusu ke bandar Kg Wai. Ada yang naik bas, ada yang naik basikal
warni-warni dan tak
kurang juga yang naik motor. Gua jugak tidak melepaskan peluang untuk
menyaksikan peristiwa yang boleh disama ertikan seperti peristiwa dimana
Datok Pemegang Mohor ingin menyampaikan tarikh raya. Begitu hebatnya
hari tue. Tidak boleh digambarkan menggunakan kamera DSLR.
Masing-masing
tidak mahu melepaskan peluang untuk
berada di Kay Wai Centrepoint yang ketika itu hampir 7 tahun
pembinaannya di daerah Kaylis ataupown Kuala Perlis. Boleh dikatakan
kawasan yang seakan area B13 dan kawasan itu itu adalah sebagai penanda
aras
ekonomi daerah Kaylis. Pagi itu ada satu peristiwa penting lagi
bersejarah akan
berlaku di atas rumput menghijau yang tersergam megah di ruang legar Kay
Wai Centrepoint.
Seorang anak muda bernama Adham Bajak akan berdiri di atas di rumput
hijau itu mewakili semua
anak muda dari kaum kejuruteraan Pembuatan.
"Terima
kasih Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim terutamanya kepada Prakit, saya ucapkan
kepada yang arif lagi bijaksana para juri sekalian, penjaga masa yang adil,
jujur dan komited, pensyarah-pensyarah, auntie kedai sewa kereta semarak dan rakan rakan yang dikasihi
di pohon ceri sana..."
"Steady la Adham!" jerit gua dari bangku kedai Student Mall tidak jauh
dari
pentas lantas disambut dengan sorakan anak anak muda Unimap yang lain.
Semua
terpegun melihat Adham yang biasanya dressing seluar bola 3 suku dan
berbaju PINK tanpa lengan di bahagian byssex tangan kini berpenampilan
smart
pejabat tapi disebalik berpakaian smart si Adham Bajak neyh dia masih
lagi memakai safety shoes yang gua rasa buruk dan boleh membuatkan
keyakinan dia hilang ditelan keburukkan kasut tue. "
Adham Bajak siap sedia memulakan perhitungan bagaikan askar yang
sedang mereload peluru sebelom berperang..mengkiri kanan kan tie di
bahagian leher menampakkan Adham tidak berapa selesa dengan suasana
dewan yang bersuhukan 32.3 celcius itu. Tapi sebaliknya senyuman sinis
di hujung bibir sebagai tanda yakin dia yakin..
"Adham melangkah jauh dari muka kerusi dan berdiri dengan dada terbuka..Menampakkan lagi tampak keyakinan
"Tajuk final project saya yang menjadi pilihan saya pada semesteri ini Rotary Antenna bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla..."
"Pada pendapat saya, pihak Unimap perlu membeli product saya dengan harga 16k bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla..."
"Steady Bajak, steady!" nama Bajak pula menjadi laungan, jerit semua anak muda Unimap
Adham menjeling bertambah yakin.
"Saya yakin yang projek saya neyh mampu menang dan mampu mewakili Unimap
dalam Festival Seni Taria Peringkat Kebangsaan..laungan Adham yang
gagah membuatkan si Prakit hilang focus dan kucar kacir..Prakit nampak
gugup tapi muka disebalik yang stedy tue membuatkan orang ramai tertipu..Tapi gua
xtertipu sebab gua kenai Prakit neyh lama. Jadi gua dah boleh detect
dah.
Untuk
pengetahuan lu orang si Prakit neyh salah satu peserta dalam
pertandingan neyh dan meraka neyh satu kelas..Dan menurut laman sosial
Youtube dan Google Gossip, si Adham dengan Prakit neyh sangat
rapat..mereka sering berkongsi idea yang sama dalam pelajaran dan tidak
lupa jugak mereka sering bermain POKE-POKE dalam pesbuk. Tue gua xamik
pot..bab main POKE-POKE neyh dah masok hal personal..Adham gua melawak
ja..lu jangan marah pulak..
Adham
melangkah undur dari depan meja ke belakang meja dengan senyuman manis mata terpejam. Boleh jadi
itulah lambang atau simbol kepuasannya dalam memberi yang terbaik kepada kami
semua. Berkasut kulit hitam atau nama buruknya Safety Shoes, langkahnya mantap tapi mata masih terpejam..
Time tue gua sempat bermonolog dalaman..
" Mata dok terpejam kalau jatuh padan muka lu"..secara tiba budak junior sebelah gua cakap
" Memang pown kalau jatuh padan muka dia".. gua
panic dan jadi kucar-kacir..gua suspect budak tue bela saka
kecil-kecilan..dia boleh dengar gua bermonolog dalaman..kalau gua
monolog luaran xpa neyh dalaman bhaii..confirm bela saka Sedang
anak-anak
muda Pembuatan masih gembira meraikan kehebatan Adham, datang
seorang pemuda berbaju Angry Bird Kuning dan seluar slek kerat..mukanya
tampak bengis disulami dengan gayanya yang macam kutu mintak duit
parking
"Mana Project Rotary Antenna? Mana Adham Bajak? Dah present dah ke belum?" tanya brader tue sambil
terhiling-hiling di sebelah meja penyokong Adham Bajak.
Semua buat pejam mata sebagai tanda malas nak layan.
Tiba tiba muncul Adham dari penjuru dewan, "lu ni loser laa, brader..." sound Adham
sambil melonggarkan ikatan tali lehernya dan menanggal pen di c elah ketiak sebagai tanda stedy. Hanya tuhan je
tahu betapa peritnya kalau kena sound dengan Adham. Kena sound dengan orang
lain takda hal sangat. Bukan apa Adham neyh jarang bahan orang selalunya dia yang kena bahan..
INFO EXTRA: Adham kalah mengejut disebabkan presentationnya tidak
menepati apa yang diinginkan oleh panel juri. Ada ke cerita pasai
Selangor kalah dengan Kedah 0-8..