Friday 30 September 2011

Adham Rotator WIRA

Gua hampir perlu cerita hal ini. Demi memberi semangat kepada semua kaum Pembuatan
Adham yang dulunya kerap bermain pasir kini seorang Young Inventor


Pada satu pagi sabtu di dipermulaan bulan Zulhijjah, semua anak muda dari Unimap berpusu-pusu ke bandar Kg Wai. Ada yang naik bas, ada yang naik basikal warni-warni dan tak kurang juga yang naik motor. Gua jugak tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa yang boleh disama ertikan seperti peristiwa dimana Datok Pemegang Mohor ingin menyampaikan tarikh raya. Begitu hebatnya hari tue. Tidak boleh digambarkan menggunakan kamera DSLR.


Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di Kay Wai Centrepoint yang ketika itu hampir 7 tahun pembinaannya di daerah Kaylis ataupown Kuala Perlis. Boleh dikatakan kawasan yang seakan area B13 dan kawasan itu itu adalah sebagai penanda aras ekonomi daerah Kaylis. Pagi itu ada satu peristiwa penting lagi bersejarah akan berlaku di atas rumput menghijau yang tersergam megah di ruang legar Kay Wai Centrepoint. Seorang anak muda bernama Adham Bajak akan berdiri di atas di rumput hijau itu mewakili semua anak muda dari kaum kejuruteraan Pembuatan.


"Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim terutamanya kepada Prakit, saya ucapkan kepada yang arif lagi bijaksana para juri sekalian, penjaga masa yang adil, jujur dan komited, pensyarah-pensyarah, auntie kedai sewa kereta semarak  dan rakan rakan yang dikasihi di pohon ceri sana..."

"Steady la Adham!" jerit gua dari bangku kedai Student Mall  tidak jauh dari pentas lantas disambut dengan sorakan anak anak muda Unimap yang lain. Semua terpegun melihat Adham yang biasanya dressing seluar bola 3 suku dan berbaju PINK tanpa lengan di bahagian byssex tangan kini berpenampilan smart pejabat tapi disebalik berpakaian smart si Adham Bajak neyh dia masih lagi memakai safety shoes yang gua rasa buruk dan boleh membuatkan keyakinan dia hilang ditelan keburukkan kasut tue.


" Adham Bajak siap sedia memulakan perhitungan  bagaikan askar yang sedang mereload peluru sebelom berperang..mengkiri kanan kan tie di bahagian leher menampakkan Adham tidak berapa selesa dengan suasana dewan yang bersuhukan 32.3 celcius itu. Tapi sebaliknya senyuman sinis di hujung bibir sebagai tanda yakin dia yakin..

"Adham melangkah jauh dari muka kerusi dan berdiri dengan dada terbuka..Menampakkan lagi tampak keyakinan

"Tajuk final project saya yang menjadi pilihan saya pada semesteri ini Rotary Antenna bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla..."

"Pada pendapat saya, pihak Unimap perlu membeli product saya dengan harga 16k bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla..."

"Steady Bajak, steady!" nama Bajak pula menjadi laungan, jerit semua anak muda Unimap
Adham menjeling bertambah yakin.

"Saya yakin yang projek saya neyh mampu menang dan mampu mewakili Unimap dalam Festival Seni Taria Peringkat Kebangsaan..laungan Adham yang gagah membuatkan si Prakit hilang focus dan kucar kacir..Prakit nampak gugup tapi muka disebalik yang stedy tue membuatkan orang ramai tertipu..Tapi gua xtertipu sebab gua kenai Prakit neyh lama. Jadi gua dah boleh detect dah.


Untuk pengetahuan lu orang si Prakit neyh salah satu  peserta dalam pertandingan neyh dan meraka neyh satu kelas..Dan menurut laman sosial Youtube dan Google Gossip, si Adham dengan Prakit neyh sangat rapat..mereka sering berkongsi idea yang sama dalam pelajaran dan tidak lupa jugak mereka sering bermain POKE-POKE dalam pesbuk. Tue gua xamik pot..bab main POKE-POKE neyh dah masok hal personal..Adham gua melawak ja..lu jangan marah pulak..

Adham melangkah undur dari depan meja ke belakang meja dengan senyuman manis mata terpejam. Boleh jadi itulah lambang atau simbol kepuasannya dalam memberi yang terbaik kepada kami semua. Berkasut kulit hitam  atau nama buruknya Safety Shoes, langkahnya mantap tapi mata masih terpejam..

Time tue gua sempat bermonolog dalaman..
" Mata dok terpejam kalau jatuh padan muka lu"..secara tiba budak junior sebelah gua cakap


" Memang pown kalau jatuh padan muka dia"..
gua panic dan jadi kucar-kacir..gua suspect budak tue bela saka kecil-kecilan..dia boleh dengar gua bermonolog dalaman..kalau gua monolog luaran xpa neyh dalaman bhaii..confirm bela saka
Sedang anak-anak muda Pembuatan masih gembira meraikan kehebatan Adham, datang seorang pemuda berbaju Angry Bird Kuning dan seluar slek kerat..mukanya tampak bengis disulami dengan gayanya yang macam kutu mintak duit parking

"Mana Project Rotary Antenna? Mana Adham Bajak? Dah present dah ke belum?" tanya brader tue  sambil terhiling-hiling di sebelah meja penyokong Adham Bajak.

Semua buat pejam mata sebagai tanda malas nak layan.

Tiba tiba muncul Adham dari penjuru dewan, "lu ni loser laa, brader..." sound Adham sambil melonggarkan ikatan tali lehernya dan menanggal pen di c elah ketiak sebagai tanda stedy. Hanya tuhan je tahu betapa peritnya kalau kena sound dengan Adham. Kena sound dengan orang lain takda hal sangat. Bukan apa Adham neyh jarang bahan orang selalunya dia yang kena bahan..




INFO EXTRA: Adham kalah mengejut disebabkan presentationnya tidak menepati apa yang diinginkan oleh panel juri. Ada ke cerita pasai Selangor kalah dengan Kedah 0-8..






No comments:

Post a Comment